Thursday, 13 December 2012

Mari menyanyi.......
PECAHAN Cikgu Idell dapati ramai murid-murid yang lemah dalam tajuk PECAHAN. Di sini , cikgu Idell ingin mengetengahkan tajuk ini kepada murid-murid, semoga ia dapat membantu dalam pelajaran kamu…InsyaAllah

Friday, 2 November 2012

satu lagi kaedah pembahagian .... selamat mencuba
Selamat mencuba...pendaraban yang mudah


Mari Berpantun

Satu dua tiga empat,
Ibu bapa kena hormat,

Tiga empat lima enam ,
Kita mesti rajin bersenam.

Lima enam tujuh lapan ,
Jadilah anak yang bersopan.

Tujuh lapan Sembilan sepuluh ,
Guru ajar mesti patuh.

Pandai sebut ,pandai bilang,
Rajin belajar pasti cemerlang.

Monday, 15 October 2012




Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Hari ini ada satu lagi kaedah sifir yang ingin cikgu kongsi bersama.
Lihat dan cuba kaedah di atas . 
Anda boleh menukar nombor ( yang berwarna merah ) dengan sebarang no seperti 2 , 3 atau sebagainya .
Macam mana betul tak cakap cikgu?

Friday, 12 October 2012



Cara mencongak pantas operasi tambah.

Langkah-langkahnya mesti diikuti.

1) Fakta asas mesti kukuh.

Contoh :  1 + 1 = 2                4 + 4 = 8
                  2 + 2 = 4                5 + 5 = 10
                  3 + 3 = 6                6 + 6 = 12

2) Cuba simpan maklumat fakta asas dalam kotak fikiran kamu.

            Contoh : jika ada sesiapa … seperti seorang guru menyoal kamu
           
                        6 + 7 = ?
            Dalam kotak fikiran kamu ( 6 + 6 = 12 )

            Maka, kamu hanya perlu tambah 1 sahaja pada 12 iaitu 13.
            Maka , jawapannya ialah 13

3 ) Mari kita mulakan sesi congak .

            a)  1 + 2 = ?
            b)  2 + 3 = ?
            c)  3  + 4 = ?
            d)  4 + 5 = ?
            e)  5 + 6 = ?

4) Bagaimana jawapan kamu , betul atau salah . Apapun cikgu doakan semoga fakta asas sudah terpahat di kotak fikiran kamu.