Monday, 15 October 2012




Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Hari ini ada satu lagi kaedah sifir yang ingin cikgu kongsi bersama.
Lihat dan cuba kaedah di atas . 
Anda boleh menukar nombor ( yang berwarna merah ) dengan sebarang no seperti 2 , 3 atau sebagainya .
Macam mana betul tak cakap cikgu?

Friday, 12 October 2012



Cara mencongak pantas operasi tambah.

Langkah-langkahnya mesti diikuti.

1) Fakta asas mesti kukuh.

Contoh :  1 + 1 = 2                4 + 4 = 8
                  2 + 2 = 4                5 + 5 = 10
                  3 + 3 = 6                6 + 6 = 12

2) Cuba simpan maklumat fakta asas dalam kotak fikiran kamu.

            Contoh : jika ada sesiapa … seperti seorang guru menyoal kamu
           
                        6 + 7 = ?
            Dalam kotak fikiran kamu ( 6 + 6 = 12 )

            Maka, kamu hanya perlu tambah 1 sahaja pada 12 iaitu 13.
            Maka , jawapannya ialah 13

3 ) Mari kita mulakan sesi congak .

            a)  1 + 2 = ?
            b)  2 + 3 = ?
            c)  3  + 4 = ?
            d)  4 + 5 = ?
            e)  5 + 6 = ?

4) Bagaimana jawapan kamu , betul atau salah . Apapun cikgu doakan semoga fakta asas sudah terpahat di kotak fikiran kamu.

Friday, 5 October 2012



Assalamualaikum…dan selamat sejahtera ,,,, bagaimanakah hari ini ? Ceria-ceriakanlah hari anda .
Hari ini cikgu ingin membantu anda untuk mengingati sifir . Cuba anda perhatikan sifir di atas . Bolehkah anda mengingatnya? Perhatikan nombor-nombor yang berwarna merah …. Senang bukan ? InsyaAllah , di mana ada usaha di situ ada kejayaan.